Monday, January 14, 2013

Dimana kesantunan?

Alhamdulillah, semalam dan hari ini aku mendengar dan dikhabarkan hanya yang baik-baik tentang Dini Amani. Semoga anak Mama jadi anak yang solehah, insyaAllah. 

Dalam kegembiraan menerima perkhabaran ini, aku dikejutkan dengan sikap seorang waris yang pada pendapatku berkata-kata tidak bersantun. Allah! Tengoklah dengan siapa kamu berbicara. Kenapa harus kurangkan rasa hormat dengan pengetua walau tidak sependapat atau kurang setuju dengan setiap usulan? Dah lama aku perhatikan si waris ini memang lantang bila menyuarakan pendapat. Dalam kelantangan, tak perlulah rasanya bersikap angkuh. Terkadang aku tak faham apa sebenar matlamat waris itu menghantar anaknya bersekolah dimadrasah sedangkan pada matanya ada saja yang tak kena, selalu sangat membandingkan madrasah dengan sekolah sekular. Rasanya lebih baiklah puan keluarkan saja anak puan dari madrasah kerana masih ramai lagi diluar sana yang menginginkan anak2 mereka bersekolah dimadrasah namun tidak terpilih.

Aku kecewa dengan waris2 yang bila bercakap kurang bersantun :(



0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010 Tahsin Al Qur`an. All rights reserved.
Themes by Ex Templates Blogger Templates l Home Recordings l Studio Rekaman